Powered by Blogger.

Rindu Separuh Nyawa [2021] Full Episod 1-40

0 comments
STATUS :ONGOING
EPISOD16
LAST UPDATE 20.4.2021
Nantikan drama adaptasi novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' karya Siti Rosmizah. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin, terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd. Drama Rindu Awak Separuh Nyawa bakal menemui penonton mulai 23 Mac 2021 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
EPISOD : 40
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

LAGU TEMA (OST)
Lagu : Rindu Separuh Nyawa
Penyanyi : Naqiu, Vanessa Reynauld
Komposer : Naqiu, Wit & Mohsen 
Lirik : Siti Rosmizah
Link Muzik Video 

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.


(TUBE VERSION )
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
DOWNLOAD
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28

Leave a Reply

d

Popular posts

 
Mediabsyok © 2011 Bsyokv2 & BSYOKV2. Supported by DMACA COPY RIGHT|Visit Syoknye Layan at Ping.sg

You can add link or short description here

Follow my blog with Bloglovin