Powered by Blogger.
Showing posts with label Review Drama Telemovie. Show all posts
Showing posts with label Review Drama Telemovie. Show all posts

Tonton Review Bukan Kerana Aku Tak Cinta [2013]

0 comments

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

DRAMA ADAPTASI NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KARYA E-MAN SUFI
Bermula 6 Dis 2013

TONTON REVIEW: CLICK HERE
EPISOD LAIN :CLICK HERE
Read more...

Review Telemovie Cinta Kamikaze [2013] Skrin Di 9

0 comments
slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam
CINTA KAMIKAZE adalah sebuah telemovie komedi romantik gandingan lakonan hebat dari Zahiril Adzim dan Nadiya Nisaa yang mempunyai karektor berlainan yang seringkali menimbulkan salah faham di antara mereka. Suci merupakan seorang pengacara televisyen wanita yang popular dengan rancangannya sendiri iaitu “Tamu Suci”. Khalish pula merupakan seorang chef muda di sebuah hotel yang terkenal dengan sentuhan masakannya yang mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Gandingan Mantap Zahiril Adzim Dan Nadiya Nisaa dalam Telemovie Cinta Kamikaze slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam istimewa hanya di TV9
Kerana ingin memberi peluang kepada Khalish agar bakatnya dikenali, pengurus hotel tersebut, Cik Cheryl mencadangkan agar Khalish menjadi tetamu di rancangan Tamu Suci. Kebetulan Suci juga tidak berjaya mendapatkan tetamu di saat-saat akhir. Malangnya, kerana tidak mahu wajahnya disiarkan di kaca televisyen dan rahsianya terbongkar kerana mempunyai ramai teman wanita, Khalish tidak hadir untuk siaran langsung tersebut. Suci malu dan menyimpan dendam terhadap manusia bernama Khalish.

Khalish dan Suci tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung melalui temujanji di dalam telefon sahaja. Namun, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya kerap kali bertemu di luar dan akhirnya menjalinkan percintaan kerana masing-masing merahsiakan status mereka.

Sejauh manakah hubungan yang dijalin penuh rahsia itu dapat bertahan? Dapatkah Suci memaafkan perbuatan Khalish yang telah memalukannya sewaktu siaran langsung dahulu? Saksikan drama komedi romantis yang turut dibantu oleh Harun Salim Bachik, Ieda Moin dan Muhd Mentor menerusi slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam .

         
                                                                 

Read more...
d

Popular posts

 
Mediabsyok © 2011 Bsyokv2 & BSYOKV2. Supported by DMACA COPY RIGHT|Visit Syoknye Layan at Ping.sg

You can add link or short description here

Follow my blog with Bloglovin