Powered by Blogger.

Tonton Puteri Malam [Episod 5]

0 comments





Ada 8 episod, Puteri Malam mengisahkan Puteri (Zara Zya) yang lari daripada rumah kerana tertekan dimarahi ibu-bapanya demi mengejar cita-cita menjadi artis terkenal. Namun jalan yang dipilih ternyata telah membawanya menempuh hidup yang akhirnya memerangkap dirinya ke lembah yang hina.

Pelakon Puteri Malam, Zara Zya, Puteri Chichi, Ku Hariz dan Hafreez Adam.

Bermulalah perjalanan hitam Puteri apabila dia telah dirogol oleh seorang lelaki sewaktu dia hadir untuk satu sesi ujibakat di Kuala Lumpur. Puteri kemudiannya telah diselamatkan oleh Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai yang terletak di Chow Kit.

Rumah itu turut didiami oleh Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid. Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati ramai lelaki.

Farid mula membelikan Puteri pakaian-pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai Fiona. Pada mulanya Puteri sangsi dengan tindakan baik Farid, tetapi lama kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya, Puteri jatuh cinta pada Farid. Puteri meluahkan segala perasaannya serta berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi seorang artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang artis.

Tanpa Puteri sedari Farid rupa-rupanya bapak ayam kepada Fiona dan kini dia cuba untuk memperdayakan Puteri untuk menjadi seorang pelacur demi mendapatkan wang. Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap Farid yang berniat jahat, semuanya sudah terlambat. Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.

Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya 

TONTON:DailymotionCLICK HERE

                 TubeverisonCLICKHERE
EPISOD LAIN:CLICK HERE

Leave a Reply

d

Popular posts

 
Mediabsyok © 2011 Bsyokv2 & BSYOKV2. Supported by DMACA COPY RIGHT|Visit Syoknye Layan at Ping.sg

You can add link or short description here

Follow my blog with Bloglovin