Separuh Akhir Muzik Muzik kini kembali dengan edisi ke-28. Sebanyak 30 buah lagu yang berjaya mengumpul markah tertinggi menerusi carta Muzik Muzik 28 telah dipilih. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik pada 8, 15 dan 22 November nanti. Cukup sinonim dengan paparan carta lagu tempatan, persembahan artis yang menarik dan segmen seperti “Buzz Buzz”, “Hot” dan “Gosip Fifi”, Muzik Muzik bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi. Seperti sebelumnya, Muzik Muzik 28 masih mengekalkan sistem pencalonan baru iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, di mana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor yang berbeza seperti demografi, genre dan peringkat umur. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, “Muzik Muzik merupakan salah satu program terawal dan terulung yang diterbitkan oleh TV3. Sejak diperkenalkan, Muzik Muzik muncul sebagai rujukan kepada perkembangan terkini industri muzik. Program muzikal sebegini terbukti menjadi anjakan paradigma buat komposer, penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi tempatan untuk terus berkarya, seterusnya menyumbang kepada kelahiran bakat-bakat baru yang akan menyinari industri muzik tanah air. Justeru, sempena edisi ke-28 ini, kami ingin terus menghargai bakat seni terutamanya golongan muda yang banyak mencetus inspirasi dalam memeriahkan industri hiburan tempatan menerusi Separuh Akhir Muzik Muzik 28.” “Di samping itu, evolusi industri muzik yang berkembang dengan maju secara tidak langsung telah menyuntik semangat kepada pihak stesen dan produksi dalam meningkatkan mutu program dan sentiasa tampil dengan kandungan yang lebih berkualiti dan kreatif untuk penonton. TV3 dan Primeworks Studio menjanjikan sebuah persembahan hebat dan penuh dengan kelainan yang ternyata berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini,” tambah Izham Omar. Lebih istimewa, peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan yang terdiri daripada komposer dan penulis lirik seperti Tam Spider dan Andy Flop Poppy yang bakal membawakan medley “Relaku Pujuk” dan “Cinta” pada minggu pertama, Ajai & The Band menampilkan Edrie Hashim, Neves, Kuncidemak dan Aidit Alfian pada minggu kedua serta minggu terakhir oleh Joe Flizzow dan Altimet. Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 8 November 2013 (11 lagu), 15 November 2013 (11 lagu) dan 22 November 2013 (8 lagu) bersama oleh gandingan hos, AG dan Scha Al-Yahya. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat bermula jam 9.00 hingga 10.30 malam. Hanya 12 buah lagu yang bakal layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik 28 bahagian 3. Kepada yang berminat untuk hadir menyaksikan persembahan hebat artis-artis kegemaran mereka mempertandingkan lagu-lagu popular di peringkat separuh akhir, sila pastikan berpakaian kemas, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk dan hadir pada waktu yang ditetapkan (pintu studio akan ditutup pada jam 8.00 malam). Separuh Akhir Muzik Muzik 28 diterbitan oleh Primeworks Studios yang diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) selaku Penerbit Eksekutif, turut menampilkan Azman Abdul Gafar sebagai Penerbit untuk separuh akhir pertama (8 November), Zaini Saidi (15 November) dan Azman Abdul Gafar untuk separuh akhir bahagian ke-3 yang akan berlangsung pada 22 November nanti. Berikut adalah senarai 30 lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir: Separuh AKHIR TONTON :CLICK HERE EPISOD LAIN:CLICK HERE |
Tweet |