Powered by Blogger.

Racun Ibu[2013] Cerekarama Full Telemovie

0 comments
Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun lalu. Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap kencing manis. Hanya menantunya, Azah yang bertahan dengan sikap Rohani dan sering uruskan Rohani. Namun hanya maki hamun yang diterima Azah. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang tua. Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya sebegitu rupa kerana Rohani akan berlakon baik dengan Azah jika di depan Sharin.

Jadi, berlaku pertengkaran antara Sharin dan Azah. Suatu hari, Azah ingin menyuapkan makanan kepada Rohani, lalu Rohani mengambil nasi dan ditonyohkan ke muka Azah. Ketika itu Sharin melihat kejadian itu. Azah bengang dan terus keluar dari bilik. Sharin memujuk ibunya supaya tinggal di rumah kebajikan. Namun Rohani merayu dan mengatakan dia akan berubah. Akhirnya, Sharin akur dengan rayuan ibunya. Namun, sikap Rohani masih tidak berubah. Azah telah mengadu masalah kepada rakan sekerjanya, Diana. Diana telah mencadangkan supaya Azah berjumpa bomoh untuk menghapuskan Rohani.

Cerekarama Racun Ibu ini disiarkan pada 28 Disember 2013 jam 10.00 malam  di TV3. Antara pelakon yang menjayakan telemovie ini ialah Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni Zainuddin dan Zila Bakarin.

TONTON :CLICK HERE
DOWNLOAD

Leave a Reply

d

Popular posts

 
Mediabsyok © 2011 Bsyokv2 & BSYOKV2. Supported by DMACA COPY RIGHT|Visit Syoknye Layan at Ping.sg

You can add link or short description here

Follow my blog with Bloglovin