Ikal Mayang, kompilasi 15 filem pendek arahan 15 penggiat seni wanita yang mengisahkan isu-isu kehidupan kaum hawa bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang telah berlangsung Mac lalu, dan merupakan cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls. Istimewa untuk anda di luar sana terutama kaum wanita, jangan terlepas untuk menonton Ikal Mayang yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan. Untuk tayangan di Astro First, sebanyak enam filem pendek yang terpilih daripada projek Ikal Mayang: Telling Women Stories iaitu Inspektor Mastura arahan Elaine Daily, Jerat Suami arahan Dira Abu Zahar, Nawar arahan Aida Fitri Buyong, Odah arahan Junaidah M. Nor, Pantang arahan Vanidah Imran dan 1800 Baby arahan Sofea Jane. Kompilasi filem pendek tersebut akan ditayangkan selama 70 minit. Menurut Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro Saniboey Mohd Ismail, enam filem pendek itu dipilih untuk tayangan Astro First sebagai ingin memberikan kelainan kepada penonton yang melanggan saluran tersebut. “Biasanya, Astro First hanya menyiarkan filem-filem terbaharu tempatan dan antarabangsa. Dan enam filem pendek yang dipilih daripada projek Ikal Mayang ini sekadar ingin memberikan kelainan kepada penonton. “Selain itu, ia juga memaparkan tentang luahan hati, cabaran, cita-cita dan impian wanita yang jarang-jarang sekali dikupas dalam sesebuah karya filem,” katanya. Saniboey ditemui pada pratonton Gabungan Enam Pengarah Wanita Paparkan Isu Semasa Kaum Hawa Dalam Antologi Filem Pendek di GSC The Gardens di sini pada Selasa. Sementara itu, pengarah kreatif Ikal Mayang, Ida Nerina berkata, pemilihan enam filem daripada projek tersebut merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya kerana menganggap ia sebagai permulaan untuk menunjukkan karya-karya hasil penggiat seni wanita di negara ini. “Misi Ikal Mayang sendiri menunjukkan ia sebagai menaikkan martabat wanita dalam konteks memaparkan hasil-hasil filem pendek yang dibikin. “Saya rasa ini satu pencapaian yang sangat besar dimana ia juga sebagai pembuka mata buat industri seni tempatan bahawa kita mempunyai pengarah-pengarah wanita yang sangat berbakat,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, projek Ikal Mayang turut mendapat perhatian penggiat seni luar negara apabila mereka diundang menyertai Festival Filem Antarabangsa Busan ke-18 (BIFF18). Festival yang diadakan di Busan, Korea Selatan itu berlangsung bermula 3 hingga 12 Oktober lalu. TONTON :CLICK HERE DOWNLOAD: Part 1 | Part 2 |
Tweet |